Sunday, 20 December 2015

HPK1 :Mendalami industri perumahan negara & aspek psikologi pembeli rumah



HPK 1)Mendalami industri perumahan negara & aspek psikologi pembeli rumah


Task 1a) Apabila sudah tamat belajar di UKM,saya nak beli rumah ka atau nak sewa rumah
dulu?


Saya akan membeli rumah dahulu dan saya akan mencari rumah yang mempunyai 3 ataupun 4 bilik yang dilelong oleh pihak bank. Kemudian saya bercadang untuk menyewakan rumah itu kepada pelajar terutamanya pelajar university ataupun saya ingin menjadikan rumah itu sebagai rumah tumpangan. Jika saya memiliki rumah sendiri,banyak kelebihan yang diperolehi berbanding saya menyewa rumah. Antaranya ialah saya dapat menjamin pendapatan setiap bulan mengikut kadar yang ditetapkan.





Task 1a)    Rumah Bertanah/Bertingkat?

Rumah bertanah ialah  Dalam pengertian yang luas, rumah bukan hanya sebuah bangunan (struktural), melainkan juga tempat kediaman yang memenuhi syarat-syarat kehidupan yang layak, dipandang dari berbagai segi kehidupan masyarakat. Rumah dapat dimengerti sebagai tempat perlindungan, untuk menikmati kehidupan, beristirahat dan bersuka ria bersama keluarga. Disini saya ingin menjelaskan kebaikan dan kekurangan rumah bertanah. Antara kebaikannya ialah mempunyai halaman yang luas dan selamat,ruang rumah yang luas,kawasan yang lebih tenang,nilai pasaran rumah bertanah cepat meningkat dan banyak bilik tidur dan bilik mandi. Manakala kekurangannya pula ialah harganya yang agak mahal,susah melakukan pembersihan kerana ruang dan halaman rumah yang besar dan jiran yang kurang mesra.

                Selain itu,rumah bertingkat juga mempunyai kelebihan yang tersendiri. Antaranya ialah harga murah dan mampu milik,pelbagai kemudahan seperti kedai makan,kedai runcit dan lain-lain. Tambahan lagi,kita lebih cenderung mendapat jiran yang peramah dan mempunyai masyarakat yang berbilang kaum yang muhibbah dalam sesuatu kelompok. Kekurangannya pula ialah nilai pasaran rumah bertingkat lambat meningkat,ruang yang kecil dan kepadatan penduduk yang tinggi.

            Pada pendapat saya,pada permulaan kerjaya kita mungkin kita boleh membeli rumah bertingkat dahulu kerana ianya akan menjamin masa depan dengan boleh menyewakannya. Dan apabila kewangan kita makin kukuh dan stabil serta kita sudah berkeluarga adalah lebih baik kita membeli rumah bertanah kerana untuk bilangan penghuni yang ramai,rumah bertanah lebih selesa berbanding rumah bertingkat.Disini saya mengemukakan gambaran dan contoh rumah bertanah ataupun rumah bertingkat.












Task 1b)         Sewa/Beli?

Di Zaman moden yang serba canggih ini,banyak sumber yang kita dengar mengenai rumah hangat diperbahaskan dalam kalangan masyrakat pada masa kini. Disini saya ingin lontarkan satu isu yang mana lebih baik sama ada membeli ataupun menyewa rumah. Harga rumah yang mahal merupakan topik perbualan yang cukup hangat sejak kebelakangan. ini disebabkan oleh garis panduan ketat yang dikenakan oleh Bank Negara Malaysia yang telah menjejaskan pasaran hartanah. Dengan unjuran penurunan harga rumah, ia merupakan pertimbangan yang kuat bahawa ini boleh menjadi tahun untuk membeli rumah.


Walau bagaimanapun, masih terdapat ramai individu di luar sana yang lebih suka menyewa rumah dan bukannya memiliki kediaman sendiri. Di sinilah letaknya isu penting yang perlu ditangani: Apakah keadaan perumahan yang ideal? Adakah lebih baik untuk membeli rumah atau hanya untuk menyewa?
Kebaikan dan Kekurangan Menyewa

Secara dasarnya, menyewa sebuah rumah atau apartmen adalah lebih menjimatkan. Dengan hanya perlu membayar kos sewa bulanan dan bil utiliti, orang ramai tidak perlu menyibukkan diri dengan komitmen seperti pinjaman perumahan dan mengelakkan risiko kemungkinan tidak mempunyai keupayaan membayar pinjaman mereka. Ia adalah senario yang jauh lebih mudah.

Satu lagi kelebihan menyewa rumah adalah kelebihan mobiliti. Dengan mengambil kira kemungkinan bahawa seseorang akan menghadapi situasi di mana syarikat gulung tikar atau notis berpindah yang singkat (seperti peluang pekerjaan di negeri lain), menyewa rumah lebih mudah untuk berpindah tanpa perlu menjual rumah tersebut atau mencari seseorang untuk menjaga atau menyewanya.

Menyewa, terutamanya pangsapuri, akan memastikan bahawa masalah kerosakan akan terjaga. Apabila terdapat keperluan untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan, tanggungjawab itu jatuh kepada tuan rumah, bukan penyewa.

Terdapat juga beberapa kelemahan menyewa. Kekurangan sistem keselamatan adalah salah satu keburukan yang paling jelas. Selain itu, pada akhirnya rumah yang anda tinggal itu bukan milik anda. Kadang kala berlaku juga peningkatan harga sewa dari tahun ketahun selaras dengan harga pasaran. Ini akan meningkatkan perbelanjaan anda ataupun anda diminta untuk mencari tempat tinggal lain yang sesuai keupayaan kewangan anda.

Kelebihan dan Kekurangan Memiliki Rumah

Mempunyai rumah sendiri memberi manfaat terhadap diri sendiri. Walaupun ia menjadi komitmen kewangan, anda akan menjadi pemilik rumah dimana anda tinggal dan boleh dijadikan sebagai pelaburan yang bijak .

Satu perkara yang anda boleh lakukan dengan memiliki rumah sendiri, yang mana anda tidak boleh lakukan dengan menyewa adalah melaksanakan penambahbaikan dan renovasi rumah. Oleh kerana itu adalah rumah anda sendiri, anda boleh lakukan dengan apa sahaja yang anda kehendaki tanpa perlu memikirkan samada ia berbaloi ataupun tidak.

Rumah juga merupakan harta yang boleh ditinggalkan untuk anak-anak. Jika anda mempunyai keluarga, maka anak-anak anda akan mempunyai tempat untuk pergi ke setiap kali mereka memerlukannya. Pada dasarnya, anda memberi jaminan bahawa anda dan keluarga anda mempunyai tempat berteduh untuk masa depan.

Kelemahan memiliki rumah sendiri juga adalah seperti yang disentuh sebelum ini. Rumah sendiri membuatkan anda sukar untuk berpindah. Kadang kala anda perlu memilih antara rumah sendiri dan peluang kerjaya.

Pembiayaan rumah juga mengambil masa yang lama untuk dilunaskan. Oleh itu keseronokan memiliki rumah datang selepas bertahun-tahun anda membayar ansuran bulanan sehingga habis.Keputusannya

Anda perlu memilih pilihan yang manakah yang benar-benar memenuhi gaya hidup dan pendapatan anda. Jika anda kerap berpindah randah, lebih mudah jika anda menyewa sahaja. Tetapi tidak bermakna anda tidak perlu membeli rumah.Pilihan terbaik ialah membeli rumah sendiri dilokasi yang strategik yang mudah disewakan. Anda boleh tinggal disitu selagi mana keadaan menginzinkan dan sewakan sahaja jika anda perlu berpindah.Sekurang-kurangnya rumah tadi merupakan aset anda apabila pencen kelak.

Task 1c) Refleksi daripada syarahan professor-Psikologi pembeli rumah?

Pada era globalisasi kini,masyarakat saling berlumba-lumba untuk mencari dan ingin memiliki rumah sendiri dek kerana saban hari kita dengan di kaca televisyen mahupun di dada-dada akhbar yang menyatakan tentang kenaikan harga rumah. Jadi,saban hari kadar permintaan dan permohonan untuk membeli rumah semakin tinggi. Masyarakat memohon untuk memiliki rumah sendiri kerana sesetengahnya tidak tahan lagi untuk menyewa kerana sewa bulanan sudah pun mencecah ribuan ringgit sebulan. Hal ini kerana kenaikan cukai harga dan barang iaitu (GST) yang dilaksanakan oleh perdana menteri pada awal tahun 2016.
Dalam pemerhatian saya sendiri,harga rumah meningkat dengan mendadak sekali. Sebagai Contoh,rumah di Kedah yang keluarga saya diami sekarang sudah mencecah rm 200k walhal ianya adalah rumah teres dua tingkat sahaja. Bagi saya ianya agak mahal dan perkara ini sukar untuk diterima oleh golongan muda yang ingin membeli rumah pada suatu masa nanti.

Selain itu,pembeli rumah juga tertarik dengan iklan yang diwar-warkan dalam media seperti pamplet,brusher,iklan,televisyen dan lain-lain. Banyak kaedah psikologi yang perlu digunakan oleh pembeli untuk mendapatkan sesebuah rumah. Antaranya ialah kaedah psikologi minda digunakan untuk menggambarkan keadaan luas kediaman,hasilrekacipta,struktur rumah dan sebagainya. Seperti yang katakan oleh PROF. MADYA SR.DR.ADI IRFAN (pensyarah)"Kadang-kadang pembeli terkejut dengan apa yang diiklankan tidak sama dengan yang sebenar". Oleh itu,semua pembeli perlu tahu dalam memahami kaedah dan cara memilih dan membeli rumah mengikut kesesuaian masing-masing.


Task 2a)PR1MA, SPNB, Rumahku Selangorku - Bincangkan (200 words). Apakah kriteria pendaftaran PR1MA?

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menetapkan empat kriteria utama untuk melayakkan seseorang memohon subsidi perumahan di bawah program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).

Empat kriteria itu adalah mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000, memiliki tanah sendiri, sudah berkahwin dan tidak pernah memiliki rumah sendiri sebelum ini.Kerajaan akan menyediakan subsidi antara RM15,000 dan RM20,000 bagi membolehkan rakyat membeli rumah mampu milik.

SPNB akan membina tiga jenis rumah mampu milik dengan tiga bilik tidur berharga RM65,000, RM55,000 dan RM45,000.

Contohnya kalau beli rumah berharga RM65,000 akan diberi subsidi RM20,000 maka jumlah pembiayaan rumah itu hanya RM45,000. Sekiranya membeli rumah berharga RM55,000 akan diberi subsidi RM17,500 manakala untuk rumah berharga RM45,000 akan diberi subsidi RM15,000 maka harga asal rumah akan ditolak dengan jumlah subsidi untuk memohon pembiayaan.

Manakala Rumah Selangorku pula ialah Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merialisasikan matlamat 'Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna'. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau "Affordable Homes" yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.

Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu milik dikenali sebagai Rumah Selangorku - Rumah Mampu Milik Untuk Rakyat.

Syarat Kelayakan Permohonan PR1MA 1Malaysia Seperti yang diterapkan sebelum ini, Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 di laksanakan adalah untuk untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.
Syarat Kelayakan Permohonan PR1MA 1Malaysia
Pada dasarnya kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM7,500. Selain itu terdapat beberapa syarat kelayakan untuk memohon PR1MA. Berikut adalah syarat kelayakan permohonan PR1MA 1Malaysia.

Syarat Kelayakan Permohonan PR1MA 1Malaysia

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah individu atau keluarga(suami & isteri) antara Rm2500 ~ RM7500
  • Tidak memiliki lebih 1 hartanah sama ada anda atau pasangan anda

Task 2b)  (Kumpulan): Pelan lantai (floor plan): Dapatkan contoh pelan lantai dan brochure jualan rumah (daripada pejabat jualan pemaju, pusat membeli belah, etc). Apakah yang dimaksudkan dengan "berapa kali berapa" (saiz rumah)? Apa maklumat yang diperolehi melalui pelan lantai?








BUILD UP AREA=145.50m2 (1662 ft2)
GROSS AREA=206.60m2 (2222 ft2)







   Maklumat yang diperolehi ialah dapat mengetahui keluasan setiap bilik,ruang tamu dan keluasan lantai (dalam unit fit) dan dapat gambaran sebenar dalam keadaan rumah.


Task 3a) Apakah CIS7 2014 atau CLASSIC ?Focus kepada bahagian Annexes (A sehingga E) , terutama Annex B ; Quantity Standards for Architectural Works.

CIS7 Qlassic adalah satu sistem penilaian kualiti hasil kerja binaan bangunan yang diperkenalkan CIDB untuk memastikan projek dibina menepati standard kualiti pembangunan seperti digariskan dalam dokumen CIS 7: 2014 (Construction Industry Standard).Dalam Annexes A ia merujuk kepada kualiti mengenai keadaan bangunan dalam pelbagai sudut . seperti keadaan konkrit , simen , saiz besi dan sebagainya.Dalam Annexes B ia merujuk kepada keadan bangunan adakah mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh senibina . Perkara yang dinilai adalah sangat terperinci mengenai keadaan mozak, cat di pintu,dinding , atap , diruang tamu dan lain-lain.Penilaian ini untuk memastikan kaeadaan bangunan dalam keadaan baik dan sempurna.Selain itu, penilaian ini juga bertujuan untuk memastikan komponen sentiasa berada dalam keadaan kukuh dan selamat.Annexes B juga menekankan soal kesempurnaan berbanding kecantikan semata-mata.
Annexes C , ia merujuk kepada keadaan bangunan dari segi mekanikal dan elektrikal bangunan. Penilaian ini adalah untuk memastikan semua peralatan mekanikal dan elektrikal berada dalam keadaan baik seperti tingkap, kipas,  lampu ,  pintu, penghawa dingin  dan semua yang berkaitan dengan mekanikal dan elektrikal . Hal ini untuk memastikan keselamatan dan semua peralatan boleh digunakan dengan baik.
Annexes D  pula menilai tentang hasil kerja yang berada di luar bangunan seperti kolam, pintu pagar , taman, dan sebagainya
Annexes E adalah merujuk kepada keseluruhan(finishing) dan menyemak dan membaik pulih kecacatan yang ada.
https://www.cidb.gov.my/cidbv4/images/pdf/2015/cis7%202014%20qlassic%20v2.pdf
               http://www.hmetro.com.my/node/10756?m=1#sthash.5YvR2EiW.dpuf
               https://www.cidb.gov.my/cidbv4/images/pdf/2015/cis7%202014%20qlassic%20v2.pdf


Task 3b) (kumpulan) : Lakukan pemeriksaan bangunan di rumah. Kenal pasti kecacatan bangunan. Huraikan dengan bantuan gambar foto; jenis kecacatan dan kaitan dengan CIS7?

HP 3:Melakukan senarai semak penerimaan rumah baru(kumpulan) Task 3b)Kenalpasti 3 kecacatan bangunan.Huraikan dengan bantuan gambar.Apakah kecacatan tersebut dan kaitkan dengan CIS7.
 1.Pintu tidak sempurna muat pada kerangka pintu



  

Kesalahan pintu ini diterangkan dalam CIS7,bahagian Quality Standards For Architectural Works in Annexe B part door fixtures(internal) tertulis bahawa piawai untuk rumah yang selamat diduduki adalah pintu yang mempunyai jarak dari pintu dan kerangka pintu yang sama/tidak senget.Selain itu,tidak mempunyai jarak yang terlalu nampak pada jarak pintu-kerangka pintu.Tetapi gambar diatas jelas menunjukkan rumah ini tidak selamat untuk diduduki kerana tidak menepati piawai dari CIS7.




2.Siling bocor




Siling yang bocor menyalahi piawaian daripada CIS7,bahagian Quality Standards For Architectural Works in Annexe B part ceiling fixtures(General requirements). Piawaian yang dinyatakan adalah siling seharusnya tidak mempunyai kerosakan yang ketara seperti retak,bocor dan sebagainya.Namun,siling pada bangunan ini mempunyai kebocoran yang jelas dan menunjukkan bangunan ini tidak menepati CIS7.









3.Paip bocor


Pada CIS7,bahagian Quality Standards Mechanical and Electrical(M&E) Works in Annexe C part Basic M&E Fittings(pipes),dinyatakan bahawa paip seharusnya tidak mempunyai kebocoran pada sambungan paip.Namun pada gambar di atas,bekuan putih pada paip menunjukkan berlaku kebocoran yang kritikal pada paip dan memberi impak kepada bakal penghuni.




Pertama Sekali,Subjek Rumah Dan Anda ini amat baik untuk para pelajar kerana ianya membantu meningkatkan pengetahuan seseorang mahasiswa apabila sudah bergelar graduan nanti.Saya berpendapat, banyak sekali pendedahan yang sangat berharga berkenaan rumah yang saya perolehi melalui kuliah Rumah dan Anda ini.Selain itu,subjek ini juga dapat member perancangan yang awal kepada mahasiswa mengenai halatuju kehidupan untuk membeli sesebuah rumah apabila tamat pengajian nanti. Pencerahan serta perbincangan tentang rumah dalam pelbagai aspek seperti harga pasaran, kondisi sebuah rumah, plan rumah dari pelbagai sudut dan banyak lagi memberi pengetahuan yang cukup bermakna kepada saya selaku pelajar. Selain itu, konsep kuliah ini yang sangat santai menarik minat para pelajar untuk sentiasa menghadiri kelas meskipun diwaktu petang kelasnya. Perkara yang lebih manisnya lagi, melalui kuliah ini telah memberi gambaran untuk saya bagi merancang masa depan dengan lebih baik. Oleh itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang terlibat dalam kuliah Rumah dan Anda ini terutamanya Prof. Madya. Sr. Dr.Adi Irfan bin Che Ani yang sentiasa membantu dan memberi bimbingan kepada saya serta rakan-rakan lain dalam memahami kursus ini. Sekian. Terima kasih. Assalamualaikum w.b.t.






    


No comments:

Post a Comment